Kerajaan baharu perlu segera tunaikan manifesto PRU-15

Kerajaan baharu perlu segera tunaikan manifesto PRU-15

Kerajaan baharu perlu segera tunaikan manifesto PRU-15

kumpulanmatawang.com – Kuala Lumpur: Keutamaan segera kerajaan baharu yang dibentuk adalah menunaikan manifesto yang dibentangkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutamanya membabitkan langkah-langkah bagi menangani kos sara hidup, kebajikan dan keselamatan sosial, demikian tegas penganalisis ekonomi.

Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd, Suhaimi Ilias, berkata kesemua manifesto gabungan parti politik semasa PRU-15 seperti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menyenaraikan isu-isu populis berkenaan.

Katanya, manifesto terbabit meliputi setiap golongan masyarakat dengan pelbagai janji dan tawaran yang menarik minat rakyat.

“Sekadar untuk mengimbas kembali, sasaran fiskal jangka masa sederhana ketika Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah mengurangkan defisit bajet kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.

“Dijangkakan pada tahun ini defisit berada sekitar 5.8 peratus daripada KDNK dan 5.5 peratus pada 2023,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli berkata, walaupun ketidaktentuan politik semakin berpanjangan, namun Malaysia masih berdaya tahan dari segi ekonomi kerana negara ini boleh menyesuaikan diri dengan pantas terhadap sebarang perubahan.

“Walaupun begitu, ia tidak bermakna (Parlimen) kita mampu untuk terus tergantung tanpa membuat keputusan. Banyak risiko penurunan kepada pertumbuhan ketika ini adalah disebabkan oleh (faktor) luaran.

“Kita tidak mahu pertimbangan domestik membebankan lagi prospek jangka masa pendek kerana isu ini berada dalam kawalan kita,” katanya.

Penganalisis Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr Geoffrey Williams pula berpandangan bahawa kerajaan baharu perlu membentangkan semula belanjawan.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia masih belum meluluskan sebarang belanjawan untuk 2023, dan sehingga ia diluluskan, negara mungkin perlu menggunakan rizab luar jangka.

“Belanjawan itu harus membalikkan Bajet 2023 yang menjadi belanjawan sebelum pilihan raya. Peningkatan dalam perbelanjaan dan hutang adalah terlalu besar, akan menyebabkan inflasi yang lebih tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.

“Bahagian pendapatan juga harus sejajar dengan 2022 sekitar RM285 bilion dan kerajaan harus cuba mengekalkan RM50 bilion royalti minyak jika boleh bergantung kepada harga minyak. Ini bermakna defisit hanya sekitar RM60 bilion berbanding RM100 bilion dalam Bajet 2023.

“Defisit yang lebih rendah akan mengurangkan tekanan ke atas inflasi dan kadar faedah,” katanya.

Williams berkata, setelah jumlah pendapatan dan belanjawan diselesaikan, butiran lain boleh dimulakan mengikut manifesto parti-parti gabungan yang memerintah.

Beliau berkata, adalah menarik untuk menggabungkan cadangan daripada pelbagai gabungan kerana kesemuanya boleh ditampung dengan jayanya dalam belanjawan sedia ada.

Namun, katanya adalah penting bahawa belanjawan baharu tidak mengikut agenda populis, sebaliknya kukuh dan boleh dipercayai.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bertitah akan membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat.

Seri Paduka turut menyeru rakyat supaya menerima apa sahaja keputusan berkaitan pelantikan serta pembentukan kerajaan baharu.

“Marilah bersama terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong. Sila rasional dan kita perlu teruskan, kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta ini.

“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat,” titah Al-Sultan Abdullah ketika berkenan mencemar duli bertemu pemberita di hadapan Pintu 2, Istana Negara.

Berhati-hati dalam bergerak dari mana-mana sudut, terutamanya mengenai konsolidasi, daripada bimbang tentang pendapatan tambahan, mari belajar berdagang dengan Tradesia

Mengapa perlu Tradesia? Tradesia ialah platform dagangan nombor 1 terbaik di dunia sekarang, semua pemain pasti menjana wang. Kerana di Tradesia ia bukan hanya tentang membuat wang, tetapi benar-benar mengajar dari sifar, anda berdua dialu-alukan.

Ayuh, jangan lupa ambil peluang anda untuk membuat percikan mulai sekarang, Trading? Jom ke Tradesia

Jangan lupa ikuti berita kami yang sentiasa dikemaskini, hanya di kumpulanmatawang.com anda boleh menjadi jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *