Mydin peruntuk RM50,000 bantu 400 murid B40

Mydin peruntuk RM50,000 bantu 400 murid B40

Mydin peruntuk RM50,000 bantu 400 murid B40

Mydin peruntuk RM50,000 bantu 400 murid B40

kumpulanmatawang.com MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperuntukkan RM50,000 untuk membantu seramai 400 murid daripada keluarga B40 di seluruh negara membuat persiapan sesi persekolahan akan datang.

Menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya di bawah Mydin Prihatin ‘Jelajah Genarasi Pintar’, penerima membabitkan murid dari lima buah sekolah dan dua rumah kebajikan berdaftar.

Mydin Prihatin merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat dengan usaha sama rakan-rakan niaga dan pembekal Mydin bagi membantu komuniti yang memerlukan.

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, Seremban (Negeri Sembilan), Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar (Melaka), Sekolah Kebangsaan Sri Melanta Jaya, Sandakan (Sabah), Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg serta Sekolah Encik Buyong, Kuching (Sarawak).

Dua rumah kebajikan berdaftar ialah Rumah Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Subang Jaya (Selangor) dan Persatuan Pendidikan Anak Anak Yatim Lipis (Pahang).

Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin berkata, setiap penerima akan menerima bantuan set kelengkapan persekolahan bernilai RM150.

“Program bantuan persekolahan ini sememangnya kita buat setiap tahun dan matlamatnya ialah bagi memastikan murid yang kurang berkemampuan mendapat pembelajaran yang sempurna seperti anak-anak yang lain.

“Justeru, sebagai salah sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab, kami terpanggil untuk meneruskan program bantuan tahunan ini bagi memastikan dapat memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada murid-murid ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat-Mydin Prihatin-Jelajah Generasi Pintar di Mydin Seremban 2 di sini, pada Selasa.

Ahimmat berkata, pihaknya menyedari dengan situasi ekonomi semasa yang kian mencabar ini, ia amat memberi impak kepada corak perbelanjaan masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan.

Bagaimanapun katanya, keadaan nilai mata wang negara yang semakin pulih sekarang telah memberi impak positif kepada harga barang termasuk kelengkapan persekolahan.

“Kita bersyukur kerana keadaan ekonomi semakin menunjukkan perkembangan positif dan berdasarkan pemerhatian tidak berlaku kenaikan harga kelengkapan persekolahan.

“Kita berharap keadaan ekonomi negara akan terus berkembang baik dan Mydin akan meneruskan usaha membantu masyarakat melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat Mydin Prihatin,” katanya.

Sementara itu katanya, program itu bermula di Mydin Seremban 2 dan akan berakhir di Mydin USJ pada 30 Disember ini.

Jika anda ingin melabur atau berdagang. Kaedah ini mudah, hanya gunakan kumpulanmatawang.com, perdagangan dijamin paling mudah! Anda boleh mencuba akaun demo terlebih dahulu, kumpulanmatawang.com. Di Tradesia Malaysia, anda boleh mempelajari strategi dan pengetahuan yang diperlukan dalam perdagangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *